Saturday

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat datang saya ucapkan kepada anda kerana sudi melawat blog ini. Blog ini diciptakan untuk memberi peluang kepada orang untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Jom menabung menjadi nama url bagi blog ini kerana konsep menabung dan perniagaan saling bersangkut-paut.

Sekiranya anda ini menabung, adakah anda mampu menabung duit anda tanpa anda mempunyai sumber pendapatan?

Perniagaan yang saya ingin bawakan kepada anda ini mempunyai pelbagai jenis perniagaan. Terpulang kepada anda untuk menilai dan memilih perniagaan yang anda mampu dan berminat.








Menabung untuk Kebahagian Masa Depan

Kita semua inginkan taraf hidup yang lebih baik. Bagi mencapainya, kita perlu menabung. Dengan menabung, kita bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti hidup kita, malah kita dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.

Faedah Menabung

Menabung boleh memberi manfaat kepada kita dan keluarga. Dengan menabung, kita dapat meningkatkan pendapatan kita pada masa depan, justeru membaiki kualiti hidup kita. Ini membolehkan kita berdikari dari segi kewangan.

Meningkatkan Pendapatan

Apabila menabung, kita mendapat pulangan. Jadi, jika kita menabung berterusan, pendapatan kita akan bertambah.

Meningkatkan Kualiti Hidup

Menabung dalam jangka panjang dapat membantu kita menikmati hidup yang lebih berkualiti. Dengan menabung, kita boleh mendapat manfaat yang tidak mungkin diperoleh dengan pendapatan sekarang. Antaranya:

Membiayai Pendidikan

Untuk berjaya dalam hidup, kita memerlukan pendidkan yang sempurna. Anak-anak kita memerlukan pendidikan yang mencukupi bagi mendapatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Kos pendidikan ini perlu dibiayai. Oleh itu, kita perlu menabung dengan secukup-cukupnya untuk pendidikan anak-anak kita.

Membeli Rumah

Membeli rumah atau tanah memerlukan wang yang banyak. Jikalau kita meminjam, kita mungkin tidak dapat meminjam kesemua jumlah yang diperlukan. Jika ada wang tabungan, sekurang-kurangnya kita boleh membayar wang pendahuluan dan kos-kos urusan pembelian yang lain. Oleh itu, kita perlu menabung untuk tujuan ini.

Tanggungjawab Berumahtangga

Apabila anak-anak kita memasuki alam dewasa dan memulakan penghidupan berumahtangga, mereka perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab yang baru. Untuk tujuan tersebut, mereka hendaklah digalakkan menabung sebaik sahaja mereka mula bekerja. Janganlah biarkan anak-anak kita memulakan penghidupan baru dengan berhutang.

Membeli Barang Keperluan

Kebanyakan barang seperti peti sejuk, televisyen dan perkakas rumah yang lain telah menjadi keperluan asas dalam kehidupan zaman moden ini. Barang-barang ini dapat menambah keselesaan hidup. bagaimanapun, kita hendaklah mengelak daripada berbelanja di luar kemampuan sehingga dibebani hutang. Jikalau kita membeli denga cara berhutang, kita akan membayar dengan harga yang lebih tinggi. Dengan menabung, kita boleh membeli secara tunai pada harga yang lebih murah.

Keselesaan Hidup dalam Persaraan

Skim persaraan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mungkin dapat menampung keperluan hidup semasa bersara. Walau bagaimanapun, untuk menikmati hidup yang lebih selesa selepas bersara, kita perlu menabung.

Menyediakan Payung

Kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diduga, kesulitan atau kecemasan seperti masalah kesihatan atau kemalangan. Seperti kata pepatah, kita perlu "sediakan payung sebelum hujan". Tabungan yang cukup amatlah penting. Dengan menabung, kita dapat mengurangkan sebarang kesulitan yang berpunca daripada kekurangan wang pada waktu yang tidak dijangka.

Berdikari dari Segi Kewangan

Jikalau kita mempunyai tabungan yang mencukupi, kita boleh berdikari dari segi kewangan dan tidak bergantung kepada orang lain. Kita boleh merancang masa depan kita dengan lebih sempurna.

Menabung melalui Amalan Berhemat

Amalan berhemat seperti berjimat cermat, merancang perbelanjaan dan bersederhana dalam perbelanjaan dapat mengelakkan pembaziran dan menghasilkan lebihan yang boleh ditabung.

Berjimat Cermat

Kita hendaklah berjimat cermat dalam menggunakan sumber-sumber yang ada seperti elektrik, air dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Amalan ini dapat mengurangkan pembaziran dan menjimatkan perbelanjaan.

Merancang Perbelanjaan

Jikalau kita merancang segala perbelanjaan dengan cermat, kita dapat mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu. Hasilnya, kita akan mendapat lebihan yang boleh ditabung.

Amalan Bersederhana

Apabila taraf hidup kita meningkat, ada kemungkinan kita akan berbelanja dengan berlebihan dan bersikap mementingkan kebendaan. Tabiat ini perlulah dicegah. Kita harus mengamalakan cara hidup yang sederhana bagi menjamin kepentingan